Friday 8 July 2011

PANDUAN PENULISAN ITEM MENGIKUT ARAS KOGNITIF BLOOM


PANDUAN PENULISAN ITEM MENGIKUT ARAS KOGNITIF BLOOM
( TAKSONOMI BLOOM )

Bloom membahagikan kebolehan kognitif kepada 6 Aras

1 PENGETAHUAN  - fakta /terminologi /kelaziman /urutan /pengkelasan /kriteria/
                        metodologi /prinsip dan generalisasi /teori dan struktur

2 KEFAHAMAN    - penterjemahan / interpretasi / ekstrapolisasi

3 APLIKASI       - mengenal pasti tugasan dalam item /mengingati semula prinsip /
                         melakukan penyelesaian masalah

4 ANALISIS       - analisis elemen /analisis perkaitan /analisis organisasi

5 SINTESIS       - penghasilan set komunikasi yang unik /penghasilan cadangan suatu
                  set operasi /penghasilan suatu set pertalian pekara-pekara abstrak

6 PENILAIAN      - penilaian berdasarkan eviden dalaman / luaran



CONTOH ARAS KESUKARAN ITEM BERDASARKAN KATA
TUGAS SOALAN
                                                         
Aras Kesukaran
Konstruk / Kemahiran
Kata Tugas

Rendah ( R ) /
Achievement ( A )

  • Pengetahuan
  • Kefahaman

  • Apakah
  • Berapakah
  • Siapakah
  • Bilakah
  • Labelkan
  • Senaraikan
  • Namakan
  • Definasikan

Sederhana ( S ) /
Credit ( C )

  • Aplikasi
  • Analisis

  • Lakarkan
  • Jelaskan
  • Huraikan
  • Bincangkan
  • Wajarkan
  • Ramalkan
  • Perihalkan
  • Menyelesaikan

Tinggi ( T ) /
Excellent ( E )

  • Sintesis
  • Penilaian

  • Rumuskan
  • Sarankan/Syorkan
  • Ulaskan
  • Nilaikan
  • Iktibar
  • Mengarang


   Prinsip Pembinaan Item Secara Am :
i.                   Tentukan konstruk atau perkara yang hendak ditaksir itu akur kurikulum dan akur spesifikasi.
ii.                 Pastikan di mana perkara yang akan ditaksir itu akur kurikulum dan akur spesifikasi.
iii.                Pastikan murid berpeluang mempelajari.
iv.                 Pastikan item itu tepat konstruk.
v.                   Pastikan item itu tepat konteks.
vi.                 Pastikan aras kesukaran yang ditetapkan berdasarkan pertimbangan profesional.
vii.                Pastikan perkara yang dikemukaan berdasarkan aspek penting dalam kurikulum.
viii.             Prihatin dengan keadilan supaya tiada golongan yang mendapat faedah secara sistematik.
ix.                Pastikan komponen jelas, stimulus berkait rapat dengan tugasan dan arahan item. Setiap item perlu pendek dan padat di samping mengutamakan kejelasan item. Aras kesukaran linguistik dan membaca dalam item perlu pada tahap yang bersesuaian dengan murid. Elakkan penggunaan istilah yang kabur .
x.                   Elakkan rangkai kata atau ayat dari buku teks secara langsung.
xi.                Elakkan item yang berkaitan antara satu sama lain. Jawapan bagi sesuatu item itu hendaklah berdasarkan kepada maklumat daripada stimulus item itu bukan daripada kebolehan menjawab item  lain
xii.              Pastikan perkara yang diuji adalah terkini.

No comments:

Post a Comment